top of page
Recent Posts
Follow Me
  • Facebook Long Shadow
  • Google+ Long Shadow
  • Twitter Long Shadow
  • LinkedIn Long Shadow
Search By Tags

Tautan Mahabbah 2015- Tasbih Ukhwah Yang Kian Erat

  • Muhammmad Arif
  • Apr 1, 2015
  • 3 min read

DSC_0365.JPG

Peserta Tautan Mahabbah khusyuk mendengar penerangan daripada urusetia

Gombak, 22 Mac - Program Tautan Mahabbah yang merupakan program tahunan bagi pelajar Sarjana Muda Komunikasi, Fakulti Kepimpinan Dan Pengurusan, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) yang dianjurkan saban tahun telah berlangsung dengan jayanya di Kem Alang Sedayu, Gombak, Selangor Darul Ehsan baru - baru ini.

Link website kem Alang sedayu: kemsedayu.com/

Program ini berlangsung selama 3 hari 2 malam ini tampil dengan tagline ‘Menelusuri tasbih ukhwah’ telah disertai oleh seramai 174 orang mahasiswa yang terdiri daripada tahun 1, 2 dan 3. Bagi program tautan mahabbah kali ini, deligasi pelajar komunikasi tahun 2 tampil sebagai penganjur dalam menjayakan program tersebut.

Pengarah program, Mior Muhammad Shahid Bin Mior Mohammad Zin berkata, “Program yang bertemakan perkhemahan ini adalah bertujuan untuk mengeratkan lagi hubungan di antara para pelajar selain mencungkil bakat - bakat terpendam dari aspek berkomunikasi, kepimpinan, pengurusan dan banyak lagi melalui aktiviti yang dijalankan.”

Beliau yang ditemui selepas majlis perasmian berkata, “Diharap agar hubungan sesama pelajar kian erat sejajar dengan nama dan tujuan penganjuran program ini serta moga kasih yang kian terjalin kekal ke akhir hayat.”

“Diharapkan agar setelah menyertai program ini, pelajar membawa kenangan terindah serta memperoleh banyak ilmu baharu yang boleh dipraktikkan kelak melalui aktiviti yang telah dijalankan,” ujarnya.

Tambahnya lagi, sekalung pujian selayaknya diberi kepada para urusetia program yang sedaya upaya memberi khidmat terbaik mereka dan bertungkus – lumus dalam menjayakan pogram ini hingga ke akhirnya selain berbangga dengan kerjasama dan penglibatan aktif daripada setiap pelajar.

Ketika ditanya tentang tema program yang agak berbeza dari sebelum ini, beliau menjelaskan bahawa pihak ahli jawatankuasa program sengaja menampilkan kelainan agar para pelajar keluar dari kelompok selesa masing - masing serta merasai pengalaman baru terutamanya tidur di dalam khemah.

Beliau turut menyuarakan harapannya agar program seumpama ini dapat diteruskan lagi pada masa akan datang dan ditambah baik lagi oleh legasi yang seterusnya.

Program yang dianjurkan kali ke – 9 ini bermula meriah pada hari pertama dengan latihan dalam kumpulan iaitu aktiviti ‘Broken media’ dan ‘pemberita berkepala lima’ dan disusuli dengan ‘Explorace’. Melalui aktiviti ini ia dapat merangsang kreativiti pelajar dan secara tidak langsung turut mendedahkan sedikit sebanyak selok – belok bidang komunikasi kepada mereka.

Program yang diteraju oleh 42 orang urusetia ini berjalan lancar pada hari seterusnya dengan aktiviti ‘Jungle and water trekking’ dimana para pelajar dibawa untuk meneroka hutan dan air sungai di kem tersebut bagi menguatkan stamina selain memupuk semangat kerjasama di antara mereka.

Menurut salah seorang mahasiswa yang mengikuti program ini, Nur Khairul Bariyah Binti Ismail yang merupakan pelajar tahun 2 berkata, “Program seumpama ini memang selayaknya dianjurkan kerana melalui program ini pelajar dapat meneroka sesuatu yang baru selain memperkasakan jati diri masing – masing.”

Tambahnya lagi, beliau percaya dengan penganjuran program kali ini dapat menyerlahkan sisi baru pelajar serta menjadi printis baru selain melahirkan pelajar yang berfikiran kritis dan luar kotak.

Sementara itu, wakil daripada pihak kem, Encik Hamizan Bin Zainal Abidin berkata, “Penglibatan setiap pelajar dalam aktiviti amat memberangsangkan dan saya sendiri teruja melihat keaktifan mereka.”

Tambah beliau, kerjasama dan semangat berpasukan yang ditunjukkan oleh para pelajar juga harus dipuji terutamanya ketika aktiviti ‘jungle and water trekking’ dimana terdapat banyak halangan lasak yang telah berjaya ditempuh.

Perasmian dan penyampaian hadiah kepada para peserta telah disempurnakan oleh Puan Rosninawati Binti Hussin dan Puan Sofia Hayati Binti Yusoff, pensyarah Komunikasi Universiti Sains Islam Malaysia (USIM).

IMG-20150401-WA0028.jpg

Peserta Tautan Mahabbah bergambar kenangan sewaktu Jungle and Water Trekking

 
 
 

Comments


© 2023 by MOUNT SILICON. Proudly created with Wix.com

bottom of page