top of page
Recent Posts
Follow Me
  • Facebook Long Shadow
  • Google+ Long Shadow
  • Twitter Long Shadow
  • LinkedIn Long Shadow
Search By Tags

IFESSEM: Mengangkat Seni Berbudaya

  • Muhammad Arif
  • May 17, 2015
  • 2 min read

FullSizeRender.jpg

Barisan peserta bersama juri-juri pertandingan

USIM, 15 Mei – Pusat Kebudayaan Usim (PKU) sekali lagi mementaskan satu festival yang dikenali dengan Festival Seni Usim (IFESSEM) yang mengangkat seni berbudaya islam. Penganjuran kali kedua IFESSEM ini sememangnya menjadi festival tahunan yang amat dinanti-nantikan oleh warga kampus USIM mahupun masyarakat setempat.

Muncul kali ke-2 pada tahun ini, IFESSEM membawa sedikit kelainan kepada orang ramai apabila pementasan yang dibuat adalah percuma tanpa pembayaran tiket seperti tahun sebelumya.

IFESSEM muncul dengan tema yang tersendiri iaitu untuk mengangkat seni berbudaya dalam islam. Pelbagai objektif penganjuran telah dipahat dan dileraikan semasa pementasan festival tersebut. Dengan membawakan persembahan daripada kesemua kumpulan yang bertapak di bawah PKU, mereka tampil dengan jenis dan gaya persembahan yang dinamik demi mengangkat martabat serta keunikan kumpulan masing-masing.

Warna-warni dan kepelbagaian persembahan daripada kumpulan Nasyid, Cak Lempong, Muzik Moden, Koir, Perkusi, Dikir Barat, Seni Silat, Seni Khat, Seni Lukis, Tarian dan juga Teater memberi nafas kepada keunikan seni berbudaya di USIM.

Menurut En. Fauzi Marzuki yang merupakan komposer lagu tanah air menanam hasrat untuk melihat penganjuran festival ini dapat diteruskan sebagai acara tahunan bagi USIM.

“Festival sebegini dapat menarik pelajar untuk lebih mengenali budaya dan kita juga dapat melahirkan mahasiswa yang seimbang yang bukan hanya tertumpu kepada pengajian akademik semata-mata.” Ujarnya ketika ditemuramah oleh wartawan kami setelah selesai pementasan festival.

Menurut Pengarah Pusat Kebudayaan USIM, Encik Ismail Ahmad, kesemua persembahan pada IFESSEM tersebut turut menyelitkan elemen dan unsur dakwah di setiap persembahan kumpulan masing-masing.

“ IFESSEM dijadikan satu sani budaya sarta medium bagi menyampaikan dakwah islam kepada masyarakat, serta membantu masyarakat untuk mengenali budaya yang mempunyai unsur islamik.” Jelas beliau semasa ucapan perasmian IFESSEM di majlis makan malam pada hari kemudiannya.

Pementasan pada malam tersebut menarik lebih dari 500 penonton untuk menyaksikan persembahan dari setiap kumpulan yang bertapak di bawah PKU. Rata-rata pengunjung yang hadir telah memberi respon balas yang sangat positif akan pengisian dan persembahan pada malam IFESSEM tersebut. Arika yang merupakan pelajar Komunikasi Tahun Tiga turut memberi sedikit pandangan ketika ditemuramah, “Bagi saya IFESSEM kali ini sangat menarik dek kerana kesemua kumpulan yang tampil berjaya untuk menyelitkan unsur Aqli dan Naqli dalam setiap persembahan mereka,”.

link http://kebudayaan.usim.edu.my/

tp 1.jpg

Kumpulan Tabuh Pendeta USIM tampil membuat persembahan dikir barat

 
 
 

Comments


© 2023 by MOUNT SILICON. Proudly created with Wix.com

bottom of page