INTEGRITI PEMANGKIN KEMAJUAN NEGARA
- Muhd Mursyidi
- Jun 1, 2015
- 2 min read

Dr. Mohd Rumaizudin ketika sesi diskusi
NILAI – “Apabila kita hendak melihat wajah negara masa hadapan, lihatlah generasi muda pada hari ini”, begitulah kata – kata daripada Ulama’ tersohor dunia, Dr. Yusoff Qardhawi. Kata – kata beliau sedikit sebanyak memberi penekanan bahawa keperluan dalam menerapkan intergeriti kepada generasi muda sekarang supaya golongan muda ini tidak terpesong pegangannya dalam era globalisasi dan dapat menyumbang dalam kemajuan negara pada masa hadapan.
Menurut Dr. Mohd Rumaizudin Ghazali, cabaran – cabaran untuk melaksanakan intergriti pada masa kini yang melihat kurangnya kesedaran dalam penghayatan menjalankan perintah Islam. Beliau juga menyebut kepentingan ilmu dalam era globalisasi ini untuk menilai dalam masyarakat dan media sosial.
“Ibu bapa adalah role model yang paling dekat kepada anak – anak mereka dan contoh – contoh yang baik perlu dilakukan dalam mewujudkan anak – anak yang berintergriti”, ujar beliau sebagai ahli panel forum ‘Islam Dulu vs Kini’.
“Ada golongan wanita zaman sekarang ini memakai tudung hanya sekadar meniru gaya terkini dan mengikut orang lain tetapi tidak berterusan dalam melaksanakan perintah agama”, tambah beliau mengenai kelompongan kebanyakan masyarakat umat Islam sekarang.
Link Jabatan Integriti Malaysia: http://www.iim.org.my/
Menurut panel kedua, Nik Ahmad Farhan Nik Muhammad, beliau menyatakan bahawa program realiti tv berbentuk keagamaan sedikit sebanyak mempunyai kesinambungan dalam menyumbang kepada ciri – ciri intergriti dalam masyarakat seperti program Imam Muda, Pencetus Ummah, Akademik Al-Quran, Qari Juniordan seterusnya Dai’.
“Program realiti ini adalah antara usaha murni media dalam mempromosi nilai keagamaan kepada masyarakat yang semakin dahagakan pengisian rohani dan ia menunjukkan maklum balas positif kepada rancangan keagamaan melalui rating penonton”, ujar beliau ketika ditemu bual.
Beliau juga berkesempatan memberi nasihat kepada mahasiswa yang hadir pada forum dengan menekankan tentang kepentingan ilmu dalam dunia sekarang untuk menyebarkan dakwah dengan berhikmah.
“Mahasiswa perlu mencari kunci kejayaan mereka sendiri. Mahasiswa yang dapat kunci kejayaannya, akan faham 10 bila diajar satu tetapi orang yang tidak jumpa kunci kejayaannya jika diajar 10 pun hanya faham satu sahaja”, ujar Dai’ Farhan dalam forum “Islam Dahulu vs Kini” di Universiti Sains Islam Malaysia baru – baru ini.
Tambah beliau lagi yang merupakan juara program Dai’ Milenia TV3 musim kedua, “cara untuk mencari kunci kejayaan adalah dengan mendekatkan diri kepada Allah melalui solat dan selalu membaca Al-Quran nescaya Allah buka pintu kejayaan bagi seseorang itu”.
Islam adalah agama yang menitik beratkan sifat – sifat mahmudah dalam diri penganutnya seperti sabdaan baginda Muhammad S.A.W. dalam sebuah hadis yang bermaksud, “sesungguhnya aku diutuskan untuk menyempurnakan akhlak”.
Menurut Desi Suryani Bakhsan Basri, 21, program ini sedikit sebanyak memberi kefahaman lebih mendalam kepada mahasiswa dan mahasiswi mengenai maksud sebenar integriti di samping mengetengahkan konsep integriti yang wujud semenjak zaman dahulu.
“Suasana integriti yang dilihatkan di sekitar kampus menggambarkan bahawa mahasiswa kurang faham akan maksud integriti ini kerana mereka kurang melaksanakan sifat ini dalam kehidupan seharian kecuali bermusyawarah dalam beberapa isu sebelum mengambil keputusan”, tambah Desi sebagai penolong pengarah program tersebut.
Forum anjuran pelajar jurusan Pengajian Al-Quran dan Sunnah sedikit sebanyak dapat merungkai tentang kepentingan dan kelebihan integriti dalam mempraktikkan Islam pada masa kini.
Link Dai' Pendakwah Milennia: http://apps.tv3.com.my/dai/

Ketika sesi forum berlangsung
Commentaires