top of page
Recent Posts
Follow Me
  • Facebook Long Shadow
  • Google+ Long Shadow
  • Twitter Long Shadow
  • LinkedIn Long Shadow
Search By Tags

Sambutan Hari Guru Hargai Jasa Pendidik

  • Nor Adira
  • Jun 5, 2015
  • 1 min read

hg 1.jpg

Mahasiswa yang hadir meraikan sambutan Hari Guru

Nilai, 22 Mei 2015- Sambutan Hari Guru di Fakulti Kepimpinan dan Pengurusan (FKP) ,Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) melambangkan penghargaan besar mahasiswa atas jasa dan bakti mereka mendidik anak bangsa.

Menurut Yang dipertua Persatuan Mahasiswa Fakulti Kepimpinan dan Pengeurusan (PMFKP), Wan Nazrin Hanif Wan Abdullah, berkata bahawa sambutan kali ini mendapat sokongan padu daripada mahasiswa USIM dalam mmberi pengiktirafan dan penghormatan kepada para pensyarah FKP.

“Sambutan ini disambut dengan meriah bukan sahaja untuk memperingati jasa pensayarah malah dapat mengangkasakan ukhuwah antara mahasiswa dan pensyarah di samping manifestasi jasa pensyarah”, tambah beliau lagi.

Sementara itu, Pensyarah Komunikasi, Dr. Rozita Abdullah melihat, sambutan Hari Guru ini merupakan platform yang bagus untuk menunjukkan rasa sayang dan tanda terima kasih mahasiswa kepada pensyarah.

“Program seperti ini memberi impak positif dalam membuka ruang kreatif mahasiswa dalam melaksanakan program bagi meraikan pensyarah kesayangan mereka,” katanya.

Menurut salah seorang mahasiswa FKP, Nadia Radzi berkata, kemeriahan dirasai apabila mahasiswa membawa hadiah dan kad ucapan sebagai hadiah dan membalas budi pensyarah yang tidak pernah jemu mendidik.

Sambutan Hari Guru yang bertemakan ‘Guru: Membina Insan Menyempurnakan Akhlak’ anjuran Persatuan Mahasiswa Fakulti Kepimpinan dan Pengurusan (PMFKP) ini diserikan lagi dengan pelbagai persembahan daripada mahasiswa seperti sketsa, mendeklamasikan sajak dan nyanyian sebagai bentuk penghargaan daripada mereka.

link: https://www.facebook.com/groups/432349593491402/

hg 2.jpg

Gelagat mahasiswa ber'selfie' bersama pensyarah

hg 3.jpg

Persembahan sketsa Hari Guru daripada pelajar jurusan Komunikasi


 
 
 

Comentários


© 2023 by MOUNT SILICON. Proudly created with Wix.com

bottom of page