USIM RAI MERIAH WARISAN SETIAP NEGERI
- Ejen Berita Arika
- Jun 5, 2015
- 2 min read

Suasana pengunjung di tapak Karnival Aneka Warisan dan Rasa
NILAI, 26 Mei – Keunikan warisan setiap negeri di Malaysia dirai meriah oleh mahasiswa Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) melalui penganjuran Karnival Warisan Negeri dan Aneka Rasa yang diadakan baru-baru ini.
Julung-julung kali diadakan dengan tema “Inovasi Dijana, Warisan Dipelihara”, karnival ini dianjurkan oleh Sekretariat Rakan Muda USIM melalui kerjasama Biro Kesenian dan Kebudayaan Majlis Perwakilan Pelajar (MPP). Ia bertujuan mengumpulkan setiap anak negeri di kampus tersebut, karnival ini dilihat sebagai wadah untuk meraikan latar belakang negeri masing-masing secara harmoni.
Link Sekretariat Rakan Muda USIM: https://www.facebook.com/srmusim
Menurut Timbalan Pengarah Program, Aishah Saadah Aminuddin, bukan semua negeri mempunyai persatuan pelajarnya sendiri di USIM. Justeru, pihak penganjur mengambil inisiatif untuk melaksanakan karnival seperti ini bagi mengumpulkan mahasiawa USIM di bawah satu karnival yang mengangkat nilai warisan masing-masing.
“Dengan adanya karnival seperti ini, keistimewaan setiap negeri dapat ditonjolkan dan dikongsi bersama di samping dapat mengeratkan lagi uhwah sesama pelajar walaupun berlainan asal usul negeri kelahiran,”jelas Aishah lagi.Kesungguhan setiap pelajar dalam mempromosikan warisan negeri masing-masing dapat dilihat dengan setiap booth dihiasi dengan dekorasi dan makanan warisan negeri masing-masing.

Roti canai makanan bagi Wilayah Kuala Lumpur
Menurut Nor Adnin Razak, pelajar tahun satu jurusan Komunikasi yang turut terlibat mempromosikan booth negeri Melaka, kemeriahan dirasai apabila booth tersebut diusaha dan dijayakan oleh mereka sendiri yang melihatkan kebanyakan dekorasi dibawakan khas daripada negeri asal termasuk daripada Sabah dan Sarawak.
“Bukan sahaja dekorasi setiap booth didatangkan khas dari negeri asal, malahan pelbagai aneka juadah dan hidangan di samping persembahan kebudayaan setiap negeri dibawakan khas kepada pelajar USIM sempena karnival satu hari ini,” jelas Nor Adnin lagi.

Booth negeri Terengganu
“Banyak informasi mengenai budaya setiap negeri seperti pakaian dan makanan yang selama ini saya tidak berkesampatan untuk tahu,” jelas Siti Zubaidah Misman, pelajar tahun tiga Fakulti Syariah dan Undang-Undang dengan teruja.
Selain pameran booth warisan negeri, turut disediakan adalah persembahan kebudayaan negeri dan pertandingan booth kreatif.

Booth negeri Kedah
Comments