top of page
Recent Posts
Follow Me
  • Facebook Long Shadow
  • Google+ Long Shadow
  • Twitter Long Shadow
  • LinkedIn Long Shadow
Search By Tags

ATRA Rangkul Naib Johan di Festival Teater Negeri Sembilan 2015

  • Nor Adira & Ejen Berita Arika
  • Jun 4, 2015
  • 2 min read

atra.jpg

ATRA berjaya membawa balik hadiah wang tunai sebanyak RM 3000.

Seremban, 23 Mei- Seramai 25 orang Akademi Teater Rupawan Asli (ATRA) berjaya membuktikan kehebatan bakat lakonan mereka apabila dinobatkan sebagai Naib Johan dalam Festival Teater Negeri Sembilan 2015 yang berlangsung di Auditorium Raja Melewar, Kompleks JKKN, Negeri Sembilan, baru-baru ini.

Teater Preh karya Asma Nadia yang diolah oleh Aelong Silalahi selaku tenaga pengajar kumpulan teater USIM iaitu ATRA, berjaya menewaskan beberapa kumpulan teater lain yang turut bersaing dalam Festival Teater Negeri Sembilan ini. Kejayaan ini membolehkan mereka membawa pulang trofi, sijil serta hadiah wang tunai sebanyak RM 3,000.

Menurut pengarahnya, Saidatul Salwani Hazman, PREH mempunyai keistimewaan yang tersendiri iaitu sarat dengan mesej tauladan dan unsur-unsur Islamik dalam mendidik masyarakat.

“Preh bukan hanya menonjolkan konflik kekeluargaan dan cinta, malah menerapkan nilai murni dalam Islam dan mengajar kita erti usaha, tawakal dan sabra yang sebenar.”

Sementara itu, tenaga pengajar ATRA, Aloeng Silalahi berkata, kejayaan ini lahir daripada sifat ukhuwah dan semangat yang tinggi dalam kalangan ahli ATRA di samping berkat doa masing-masing.”

“Ini adalah satu anugerah namun ia juga ujian daripada Allah SWT supaya tidak berasa takbur dengan kejayaan ini. Malah, kemenangan ini menjadi platform untuk terus maju dalam menyemarakkan kegiatan seni teater.”

“Saya berharap mahasiswa USIM akan lebih ramai celik seni dan tidak segan menyertai aktiviti teater disamping ahli-ahli ATRA terus memantapkan kemahiran masing-masing dalam memartabatkan seni teater,” jelas beliau lagi.

Mengulas mengenai kejayaan ATRA, Pengarah Kebudayaan USIM, Ismail Ahmed berkata, penyertaan pertandingan seperti ini membuka peluang mereka dalam mendidik khalayak disamping membangunkan tamadun akal manusia. Hal ini kerana teater merupakan medium yang sangat dekat dengan penonton menerusi visual.

“Saya ucapkan syabas kepada ATRA atas usaha dan gigih melawan kekuatan fizikal dan mental dalam mengangkasa kemahiran insaniah.”

Keputusan penuh festival baru-baru ini menyaksikan Kelab Penggiat Teater Negeri Sembilan berjaya merangkul gelaran juara menerusi teater ‘Tergantung’, manakala tempat ketiga dinobatkan kepada Persatuan Sanggar Seri Menanti dengan persembahannya ‘Bisikan Cinta’. Sebanyak 10 kumpulan berentap dalam penganjuran festival ini.

 
 
 

Comments


© 2023 by MOUNT SILICON. Proudly created with Wix.com

bottom of page