KURSUS PENYIARAN MEDIA’15 TINGKAT INSANIAH MAHASISWA.
- Ejen Berita Arika
- May 21, 2015
- 2 min read

Peserta Kursus Penyiaran Media bergambar ketika majlis penutup
Nilai, 26 Februari - Kecemerlangan akademik sahaja tidak menjamin masa hadapan seseorang mahasiswa itu cerah. Harus diingat kemahiran insaniah yang gemilang juga merupakan antara komponen penting dalam membantu menyumbang kepada 'nilai tambah' mahasiswa. Menurut En. Ismail Ahmed, Pengarah Pusat Kebudayaan Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), mahasiswa seharusnya berani mencuba pelbagai perkara baru yang tidak hanya membawa kepada pengetahuan malahan juga pengalaman yang bernilai.
“Setiap orang mempunyai potensi untuk dikembangkan tidak mengira pangkat atau kelulusan. Mahasiswa tidak seharusnya merasa selesa dengan posisi sedia dan sebagai generasi Y, Ejen Berita seharusnya lebih bersedia mendepani cabaran semasa dengan pelbagai pengetahuan dan kemahiran”, jelas En. Ismail Ahmed lagi dalam ucapannya ketika menyempurnakan Majlis Perasmian Penutup Kursus Penyiaran Media dan Pelantikan Ejen Berita (KPM) 2015 yang berlangsung selama tiga hari bertempat di Galeri Hal Ehwal Pelajar (HEP).
Disertai seramai 25 orang mahasiswa yang merupakan ahli Ejen Berita (EB) dan juga Urus Setia Kesenian Pelajar (UKP), kursus ini mengangkat objektif untuk memperkasa kemahiran penulisan berita mahasiswa selain membina keyakinan diri masing-masing dengan pembinaan kualiti kepimpinan. Realiti sebenar kewartawanan dan media turut didedahkan melalui slot-slot pengisian bersama panel jemputan yang berpengalaman, antaranya Mior Abdul Malek Raiyani, Penyampai Berita dan Wartawan TV3 dan Fadzlena Jafar, Pengarang Pendidikan Berita Harian.
Majlis Perasmian Penutup KPM kali ini turut menyaksikan pelantikan 15 orang ahli Ejen Berita (EB) di samping penjenamaan semula EB (sebelum ini dikenali sebagai Ejen Berita BHEP) kepada EB USIM.
Melihat kepada penjenamaan semula EB, Ketua EB, Norafiradina Arshad menyifatkan ia sebagai satu amanah berat yang harus dilaksanakan dengan baik oleh semua ahli EB di samping penghargaan besar kepada EB sendiri sebagai medium penyebaran maklumat di USIM.
Link Facebook Ejen Berita USIM: https://www.facebook.com/pages/EJEN-Berita-USIM/879807072077718?fref=ts
“EB sendiri merupakan perantaraan antara Pusat Komunikasi Strategik (StraCOMM) dalam menyebar luaskan media di USIM, memandangkan STRACOMM merupakan wadah perhubungan awam dan sumber media utama di USIM,” jelas beliau lagi ketika diminta memberi pandangan mengenai perbezaan EB dan StraCOMM.
Majlis Perasmian Penutup turut menyaksikan pembantangan daripada kumpulan Solusi yang berjaya tampil sebagai juara dalam tugasan lapangan KPM kali ini menerusi karya mereka ‘Aura Kedai Mamak’.
Commentaires