top of page
Recent Posts
Follow Me
  • Facebook Long Shadow
  • Google+ Long Shadow
  • Twitter Long Shadow
  • LinkedIn Long Shadow
Search By Tags

Rakan Muda Serlah Bakat Belia

  • Ahmad Shauqi
  • May 22, 2015
  • 3 min read

fb 3.jpg

Krew-krew Rakan Muda di booth mereka

“Apabila kita hendak melihat wajah negara pada masa hadapan, lihatlah generasi mudanya pada hari ini”. Begitulah petikan ayat daripada Professor Dr. Sheikh Yusuf Al-Qardawi mengenai perihal belia kerana tiada siapa bisa menafikan, kuasa dan aura generasi muda sebagai perencana dalam memastikan negaranya maju dan berjaya.

Belia di Malaysia menurut Akta Pertubuhan dan Pembangunan Belia 2007 adalah mereka yang berumur antara 15 hingga 40 tahun. Ini merupakan satu takrifan yang unik berbanding dengan negara-negara lain. Begitu juga bnegara jiran, Brunei mendefinisikan belia pada had umur yang sama cuma bezanya negara Brunei tidak menghadkan umur untuk pemimpin belia. Kebanyakan negara mempunyai definisi mereka yang tersendiri berdasarkan faktor sosio budaya, politik dan ekonomi di negara masing-masing.

Menurut Perdana Menteri, Datuk Sri Najib Tun Razak tenaga dan potensi belia negara ini tidak boleh dipinggirkan dalam rancangan pembangunan negara memandangkan inilah pelaburan penting yang bakal menggantikan tampuk kepimpinan pada masa depan.

Statistik terkini menunjukkan golongan belia membentuk 40 peratus (11.9 juta) daripada lebih 29 juta penduduk negara ini. Sejak dulu lagi, belia adalah golongan yang menjadi fokus dalam setiap kerangka pembangunan nasional. Ini disebabkan golongan belia adalah pewaris dan penentu kelangsungan masa depan negara. Mereka adalah aset penting yang menjadi penggerak, penggempur dan pemacu kepada kemajuan dan pembangunan negara.

Dengan bertemakan “Persembahan Bakat”, Rakan Muda memainkan peranan penting dalam memberi peluang kepada belia secara menyeluruh tanpa sempadan untuk menyerlahkan potensi serta kemahiran yang dimilki generasi muda yang selama ini terpendam, bak kata pepatah enak lauk dikunyah-kunyah, enak kata diulang-ulang.

Justeru, Rakan Muda menyarankan agar segala potensi dan bakat yang ada pada belia perlu digilap dan dibangunkan secara holistik supaya negara dapat menyediakan modal insan yang berketerampilan, kreatif dan inovatif. Ini penting agar negara berupaya bersaing dengan penuh keyakinan di pentas antarabangsa.

Dalam masa yang sama, melalui festival ini golongan belia dapat mempamer dan berkongsi bakat keusahawanan mereka seterusnya dapat dijadikan sebagai penunjuk aras atau “key performance indicator” bahawa golongan belia tidak melepas atau melengah-lengahkan pada mengambil dan memanfaatkan peluang-peluang yang diberikan kepada mereka pada menambah kebolehan dan kemahiran mereka.

Festival yang dijalankan di empat zon iaitu Utara, Barat, Timur dan Selatan yang dibahagikan mengikut tema berdasarkan cita rasa belia masa kini iaitu minda, komuniti, aktif dan seni. Kali ini, ia menampilkan kelainan dengan adanya mentor yang selaras dengan tema dipilih pada tahun ini. Mentor berperanan membantu meningkat dan menggalakkan golongan belia untuk menjadi yang terbaik dengan memberi inspirasi melalui penjelajahan ke setiap negeri selari dengan penjenamaan semula Rakan Muda.

Saya yang berpeluang mengikuti festival ini berasa sangat teruja dengan setiap kemampuan dan kesungguhan warga belia dalam mempersembahkan bakat-bakat mereka. Tanpa segan silu, mereka tonjolkan segala apa yang ada dalam diri mereka seolah-olah mereka ingin orang ramai mengakui dan akur akan kemampuan mereka. Menurut salah seorang peserta, program seperti ini diharap akan terus dilaksanakan pada masa-masa akan datang. Ianya adalah disebabkan dengan adanya program atau festival seperti ini merupakan satu platform atau medium yang sangat sesuai bagi warga belia untuk mempersembahkan bakat-bakat mereka di samping mengisi masa dengan perkara-perkara yang berfaedah lagi bermanfaat.

Menurut sarjana Islam, Abdullah Naseh Ulwan berpendapat bahawa golongan belia adalah golongan yang memikul beban amanah untuk melanjutkan proses pembangunan dakwah dan generasi penerus bagi pembangunan ummah. Beliau turut menegaskan sejarah telah membuktikan pada zaman Nabi Muhammad berlaku kebangkitan pemuda seperti Ali bin Abi Talib, Usman bin Affan, Abdullah bin Mas’ud dan lain-lain lagi. Mereka memainkan peranan penting dalam mengembangkan dakwah Islam. Nabi Muhammad sendiri memainkan peranan utama mendidik para sahabatnya supaya beriltizam serta beristiqamah membentuk akhlak mulia di samping menghindari sebarang penyelewengan.

Memetik daripada hadis nabi Muhammad bersabda, “Tidak akan berganjak kaki anak Adam pada hari kiamat daripada sisi tuhannya sehingga dia ditanya tentang lima perkara: Tentang umurnya dimana dia habiskan, tentang masa mudanya dimana dia kerjakan, tentang hartanya dari mana dia mendapatkannya dan ke mana dia keluarkan, dan tentang apa yang telah dia amalkan daripada ilmunya”. (Hadith Riwayat At-Tirmizi)

Sehubungan dengan itu, program yang dianjurkan oleh Kementerian Belia dan Sukan ini bertepatan dengan objektif dan visi mereka iaitu mewujudkan belia Malaysia yang memiliki peribadi yang bersepadu dari segi rohaniah, akliah dan jasmaniah, bertanggungjawab dan berdikari serta menjadi penggerak kepada kemajuan di samping kemakmuran bangsa, agama dan negara selaras dengan wawasan 2020.

Menteri Belia dan Sukan Malaysia, Khairy Jamaluddin menyeru kepada golongan belia agar terus mengambil peluang dalam menceburi apa-apa bidang khususnya bagi melahirkan potensi tertinggi generasi belia supaya mendokong matlamat pembangunan negara bagi membolehkan golongan muda untuk mencari identiti diri dan generasi seterusnya.

link http://festivalbeliaputrajaya.com/

fb 1.jpg

Bakat si cilik dengan aksi freestyle

fb 2.jpg

YB Khairy Jamaluddin tidak terlepas peluang untuk turun padang bersama warga-warga belia

 
 
 

Comments


© 2023 by MOUNT SILICON. Proudly created with Wix.com

bottom of page