top of page
Recent Posts
Follow Me
  • Facebook Long Shadow
  • Google+ Long Shadow
  • Twitter Long Shadow
  • LinkedIn Long Shadow
Search By Tags

INTRACKSI USIM UNGGULI PERTANDINGAN MARHABAN

  • Muhammad Arif
  • Apr 13, 2015
  • 2 min read

IMG_8188.JPG

Ahli kumpulan Intracksi USIM ketika sesi fotografi

Dewan Theatretteb Bangunan Lestari UPNM menjadi saksi keunggulan dan kejayaan pasukan marhaban Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) apabila dinobatkan sebagai juara dalam pertandingan Marhaban Jemputan UPNM di sini, semalam.

Pasukan marhaban USIM atau lebih dikenali sebagai Intracksi USIM yang diterajui seramai 13 orang kontinjen memberi saingan yang cukup sengit tempoh hari sekali gus berjaya menewaskan empat pasukan lain yang turut memberi saingan.

Menurut salah seorang ahli kumpulan Intracksi, Muhammad Alif Omar Abdul Jalil, mereka telah menjalani sesi latihan yang cukup konsisten dan padu dek kerana syarat yang diletakkan oleh pihak penganjur pertandingan adalah sangat mencabar.

Antara syarat yang dikenakan ialah kesemua kumpulan perlu tampil dengan konsep marhaban yang asli serta tiada percampuran unsur seperti Hindustan, Melayu klasik dan unsur kontemporari selain daripada qiraat yang telah disepakati.

“Setiap kumpulan bermula dengan berzanji dan mereka diminta untuk menggunakan rawi yang telah disediakan bagi memulakan pertandingan. Sejurus selepas itu, barulah para peserta boleh untuk mengalunkan irama marhaban dan juga qasidah.”

“Namun, segala syarat yang telah ditetapkan itu adalah sebagai pembakar semangat dan ukuran kepada mereka dalam menempuh persaingan tersebut,” ujarnya ketika ditemu ramah semalam.

Sehubungan dengan itu, menurut pihak penganjur iaitu Pusat Pungutan Zakat (PPZ), Encik Mohd Zuhir Hilmi, penyertaan pada kali ini sangat menggalakkan sehingga pihak penganjur terpaksa membuat saringan untuk kelayakan.

"Penyertaan pada tahun ini amat luar biasa dan diharapkan pada peserta yang tidak bernasib baik akan terus mencuba pada tahun-tahun akan datang", ujar beliau.

Menurut Munir Syafawi, salah seorang penyokong yang turut hadir pada majlis pertandingan tersebut menyifatkan kemenangan ini adalah satu kemenangan yang telah dijangka.

"Saya berpendapat sebegini kerana sesi latihan yang dijalankan oleh mereka konsisten dan komited, sesungguhnya apa yang mereka usahakan sewaktu latihan membuahkan hasil yang lumayan seperti kejuaraan ini", katanya.

Barisan panel hakim turut memberi komen dan respons positif ketika taklimat penghakiman. Lontaran suara, teknik alunan marhaban serta keseragaman kumpulan merupakan kriteria pemarkahan yang diambil kira untuk setiap kumpulan.

Dengan pungutan markah sebanyak 90 mata, pasukan Intracksi USIM diumumkan sebagai Johan pertandingan diikuti Naib Johan yang disandang oleh pasukan tuan rumah iaitu kumpulan Marhaban Al-Fateh dari Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) yang memperoleh 83 markah. Tempat ketiga pula menjadi milik kumpulan Shoutul Mizan dari Putrajaya dengan catatan markah sebanyak 75 mata.

Link video Intracksi USIM:

https://www.youtube.com/watch?v=cs7ZVeq4C8w

IMG_8445.JPG

Intracksi USIM ketika membuat persembahan

 
 
 

Comments


© 2023 by MOUNT SILICON. Proudly created with Wix.com

bottom of page