top of page
Recent Posts
Follow Me
  • Facebook Long Shadow
  • Google+ Long Shadow
  • Twitter Long Shadow
  • LinkedIn Long Shadow
Search By Tags

UJIBAKAT DA’I PENDAKWAH MILENIA TV3 KEMBALI LAGI KE USIM

  • Nor Adira
  • Apr 21, 2015
  • 2 min read

IMG-20150503-WA0003.jpg

Ustaz Elyas Ismail ketika ditemuramah sewaktu sesi ujibakat

Nilai, 21 April 2015- Ujibakat Da’i Pendakwah Milenia kembali lagi di Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) yang bertempat di Fakulti Kepimpinan dan Pengurusan (FKP) pada 20 dan 21 April, baru-baru ini.

Ujibakat yang berlangsung selama dua hari ini memberi peluang kepada mahasiswa USIM untuk mencabar diri berdakwah secara kreatif dan inovasi.

Juri untuk ujibakat kali ini ialah Ustaz Elyas Ismail yang juga merupakan mentor untuk musim ketiga ini.

Menurut Ustaz Elyas, ramai peserta USIM kali ini lebih berbakat berbanding tahu lalu di mana penyertaan kali ini bukan hanya bergantung pada ilmu semata-mata namun gaya penyampaian juga diambil kira.

“Kriteria yang dicari untuk kali ini lebih menekankan kepada gaya persembahan yang lebih santai disamping memiliki personaliti menarik dan sentiasa rendah diri. Justeru, pengisian yang mantap dan berkualiti merupakan asas untuk ujibakat ini,” jelas beliau ketika ketika ditemuramah di sini.

Menyentuh soal persediaan bakal-bakal da’i pada masa hadapan, beliau menyatakan bahawa mereka perlu selalu turun padang untuk mendekatkan diri kepada masyarakat malah berani menawarkan diri untuk sebarang ceramah di masjid atau surau. Namun, istiqamah menjadi tunjang kepada setiap da’i bagi memperolehi hidayah daripada Allah swt.

Walaupun ujibakat ini berlangsung di USIM, namun terdapat juga peserta luar yang hadir untuk mencuba nasib.

Menurut salah seorang peserta ujibakat Mohd Fadhli Bahari merupakan kerani di Negeri Sembilan ini sama sekali tidak melepaskan peluang untuk mencari pengalaman dalam memberi tazkirah untuk melatih diri berkomunikasi di hadapan orang ramai.

“Program ini bukan hanya menguji keberanian dalam berkomunikasi tetapi membantu mendekatkan generasi-Y kepada agama lalu mendalami lebih lagi ilmu Allah.

Ujibakat kali ini diserikan lagi dengan kedatangan pengacara Da’i Pendakwah Milenia, Datuk Rosyam Nor yang hadir untuk mempromosi ujibakat ini.

Untuk mengetahui lebih lanjut, boleh 'like' ke link ini:

https://www.facebook.com/dai2014tv3

IMG-20150421-WA0008.jpg

Rosyam Nor berada di konti Radio USIM

 
 
 

Comments


© 2023 by MOUNT SILICON. Proudly created with Wix.com

bottom of page