top of page
Recent Posts
Follow Me
  • Facebook Long Shadow
  • Google+ Long Shadow
  • Twitter Long Shadow
  • LinkedIn Long Shadow
Search By Tags

Filem Patuh Syariah Pintu Dakwah Kini

  • Ejen Berita Arika
  • Apr 23, 2015
  • 2 min read

FDAM.jpg

Timbalan Presiden FDAM, Syed Zulkifli Syed Nasir ketika menyampaikan ucapan Kredit: Foto Syuqaira

Nilai, 19 April – Menghasilkan filem pada zaman sekarang banyak cabarannya. Namun lebih cabaran lagi apabila ia perlu kepada patuh syariah. Berikut merupakan kata-kata daripada Timbalan Presiden FDAM, Syed Zulkifli Syed Nasir ketika majlis perasmian Program Apresiasi Filem yang berlangsung pada 23 April lepas bertempat di Fakulti Kepimpinan dan Pengurusan (FKP).

“Jika selama ini penggiat filem boleh patuh kepada panduan sedia ada seperti panduan kamera dan suntingan, maka tidak salah jika kita wujudkan panduan baru yang patuh syariah untuk diikuti bersama”, jelas En. Zulkifli lagi.

Link FDAM: http://fdam.blogspot.com/

Program yang mengangkat tema ‘Apresiasi Filem Patuh Syariah’ ini telah dirasmikan oleh YB Prof. Madya Dr. Muhd Yahya B. Ariffin, Dekan FKP. Beliau berpendapat peluang ini harus digunakan pelajar sebaiknya demi memperoleh ilmu media masa kini.

"Mereka yang datang ini adalah orang-orang yang hebat dan pelajar tidak harus pulang dengan tangan kosong tanpa apa-apa pengisian", jelas Prof. Yahya lagi.

Prof Yahya.jpg

Prof. Madya Dr. Muhd Yahya B. Ariffin, Dekan FKP merasmikan forum Kredit: Foto Syuqaira

Kelainan dakwah disampaikan dan persoalan kritikal yang menguji penonton merupakan keunikan filem Setulus Cinta Aqilah dan A Seperation yang ditayangkan dalam program tersebut. Turut diselitkan forum interaktif pada setiap akhir tayangan yang dibarisi panel pengarah dan penyunting Setulus Cinta Aqilah sendiri, Mior Hasyim Manaf dan Isazaly Isa. Tidak ketinggalan Timbalan Presiden FDAM, Syed Zulkifli Syed Nasir, Pensyarah Kanan UIA, Dr. Maszlee Malik, dan pengkaji filem, En. Kamal Ariffin sebagai panel untuk forum filem A Seperation.

syuq2.jpg

Ketika sesi forum Setulus Cinta Aqilah berlangsung Kredit: Foto Syuqaira

“Kekangan itu adalah asas dalam filem kerana kekangan itulah yang akan melahirkan kreativiti. Jangan cepat mengalah, pedulikan mulut yang mencaci dan sentiasa yakin dengan apa yang anda lakukan merupakan senjata utama jika ingin bersungguh-sungguh berdakwah mengangkat patuh syariah dalam bidang perfileman”, bicara Mior Hashim Manaf, pengarah Setulus Cinta Aqilah ketika forum berlangsung. http://ww1.utusan.com.my/utusan/Hiburan/20140615/hi_08/Setulus-Cinta-Aqilah-arahan-terbaru-Mior-Hashim

Tidak terhad kepada bicara mengenai filem ditayangkan, skop perbincangan forum juga turut meliputi tanggungjawab dan kesedaran para pelajar mengenai penting dan gentingnya untuk mewujudkan filem patuh syariah ini.

“Sebagai pelajar jurusan penyiaran, sedikit sebanyak saya dapat menimba ilmu daripada filem dan forum diadakan. Selama ini kita sering disuapkan dengan filem liberal dan sekular sehingga kita terlupa perkara yang lebih wajib iaitu patuh syariah”, jelas Wan Amira Hazwani, pelajar Komunikasi tahun tiga yang berharap menjadi seorang pengarah filem yang berjaya satu hari nanti.

syuyq.jpg

Sebahagian pelajar yang hadir khusyuk mendengar forum Kredit: Foto Syuqaira

Program yang kali julung kali dianjurkan ini mendapat sambutan baik dan dihadiri oleh kebanyakan para pelajar dan pensyarah Komunikasi sendiri.

 
 
 

Comentários


© 2023 by MOUNT SILICON. Proudly created with Wix.com

bottom of page