top of page
Recent Posts
Follow Me
  • Facebook Long Shadow
  • Google+ Long Shadow
  • Twitter Long Shadow
  • LinkedIn Long Shadow
Search By Tags

KERABU MAGGI MANGGA: MENU TUMPUAN MINGGU KEUSAHAWANAN SISWA USIM

  • Muhammad Arif
  • Apr 25, 2015
  • 2 min read

Sila tonton video untuk mengetahui cara pembuatan "Kerabu Maggi Mangga".

Nilai- Kemeriahan suasana Minggu Keusahawanan Siswa jelas kelihatan dengan penglibatan lebih daripada 500 orang siswa. Sebanyak 130 gerai perniagaan ditempah oleh para pelajar untuk memasarkan produk jualan masing – masing.

Jelas pensyarah subjek Keusahawanan, Shahiru Shafiai, Minggu Keusahawanan adalah acara terbesar universiti menggalakkan suasana keusahawanan di samping memainkan peranan penting dalam melatih mahasiswa untuk memulakan perniagaan sendiri akan datang.

“Minggu Keusahawanan adalah platform untuk mahasiswa mempraktikkan idea – idea dan melakukannya sehingga menjadi realiti seperti berani mengambil risiko, menyelesaikan masalah, lebih inovasi dan belajar daripada kegagalan hingga berjaya”, tambah beliau.

Kehadiran menu atau produk “Kerabu Maggi Mangga” yang dipasarkan oleh salah sebuah kumpulan menjadi tarikan dan tumpuan oleh kebanyakan pelajar yang mengunjungi gerai – gerai di Pusat Keusahawanan Pelajar.

Menurut ketua kumpulannya, Amira, “kami sememangnya tidak menjangka akan sambutan daripada orang ramai ekoran penjualan produk Kerabu Maggi Mangga tersebut”, ujarnya apabila ditemu ramah oleh wartawan kami.

Cara membuat kerabu mangga: https://www.youtube.com/watch?v=PoIzM1IpGFA

Citarasa hasil daripada idea ahli kumpulan mereka ini menggabungkan antara maggi, sayuran, serta mangga yang mampu menghasilkan kepelbagaian rasa dalam produk tersebut.

Dengan tempoh penjualan selama empat hari tersebut, kumpulan mereka berjaya mengaut keuntungan di luar jangkaan iaitu sebanyak RM 336. “Sesungguhnya hasil keuntungan yang kami raih sangat menggembirakan kami dan ianya menjadi ukuran kepada minat kami terhadap subjek keusahawanan yang ditugaskan”, ujar ahli kumpulan mereka.

Dengan tempoh penjualan selama empat hari tersebut, kumpulan mereka berjaya mengaut keuntungan di luar jangkaan iaitu sebanyak RM 336. “Sesungguhnya hasil keuntungan yang kami raih sangat menggembirakan kami dan ianya menjadi ukuran kepada minat kami terhadap subjek keusahawanan yang ditugaskan”, ujar ahli kumpulan mereka.

Menurut salah seorang pengunjung, Shauqi Ahmad, menu ini mempunyai kelainan daripada gerai – gerai yang lain di samping rasa yang enak dan bahan – bahan yang digunakan mencukupi mengikut citarasa.

“Saya berharap agar perniagaan ini dapat meluaskan empayar ke perniagaan online dan terus sukses hingga ke persada antarabangsa”, ujar Shauqi yang kerap membeli di gerai ini kerana keenakannya sukar dilupakan.

Rata – rata para pengunjung cukup berpuas hati dan masih menginginkan produk untuk terus berada di pasaran.

KM 02.jpg

Gambar bersama ahli-ahli kumpulan gerai 'kerabu maggi mangga'

 
 
 

Comments


© 2023 by MOUNT SILICON. Proudly created with Wix.com

bottom of page