top of page
Recent Posts
Follow Me
  • Facebook Long Shadow
  • Google+ Long Shadow
  • Twitter Long Shadow
  • LinkedIn Long Shadow
Search By Tags

Kenalpasti Kekuatan Diri Rahsia Doktor Muda

  • Ejen Berita Arika
  • May 7, 2015
  • 3 min read

f02bcac8c432d789df367fe2d7fdf9ed.jpg

Dr. Azira ketika menerima Anugerah Akademik Negara (AAN) 2012 Kredit: Foto Dr. Azira

Mula mencari titik tolak dalam dirinya seawal usia 16 tahun, Dr. Siti Nurazira Binti Mohd Daud, 34 mula mengorak langkah di dalam jurusan ekonomi sehingga berjaya mencipta nama dalam kerjayanya dan kini merupakan Pensyarah Kanan, Fakulti Ekonomi dan Muamalat di Universiti Sains Islam Malaysia (USIM).

Anak kelahiran Kuala Lumpur ini, merupakan pemegang Ijazah Sarjana Muda Ekonomi Universiti Utara Malaysia (UUM) dan Doktor Falsafah (PhD) di University of Southampton ,United Kingdom dalam jurusan yang sama pada tahun 2009 ketika beliau berusia 30 tahun. Bekas pelajar SMK Meru, Klang ini mula sedar minat beliau dalam subjek Ekonomi dan sering menjadi ‘guru’ kepada rakannya yang lain. Dari situ, beliau sedar akan kecenderungan dirinya dalam bidang Ekonomi. Ketika di peringkat matrikulasi beliau pernah dicabar oleh seorang guru samada beliau mampu atau tidak dalam meneruskan pembelajaran dalam jurusan Ekonomi.

Namun, berbekalkan azam dan minat yang mendalam, beliau menganggap kata-kata guru itu sebagai cabaran dan akhirnya kini memegang beliau nekad untuk mengambil Ijazah Sarjana Muda dalam Ekonomi daripada Universiti of Southampton di United Kingdom. Anak sulung daripada enam adik beradik ini menekankan kejayaan sebenar itu bukan hanya diukur atas sijil akademik sahaja tetapi juga bakti terhadap masyarakat dan negara. Minat beliau dalam mendidik anak bangsa tidak semudah yang disangkakan kerana permintaan beliau ingin menjadi pensyarah di

Agenda Aqli dan Naqli

Dr. Siti Nurazira sewaktu menerima pensyarah di sebuah IPT pernah gagal. Namun, perkataan ‘putus asa’ tiada dalam kamus hidup beliau apabila beliau mula mengorak langkah kerjayanya sebagai Eksekutif Jabatan Ekonomi di Bank Negara hampir dua tahun. ‘Berpeluang berkhidmat di Bank Negara sangat mencabar ini kerana saya menyimpan rahsia negara dan pengalamanya tidak ternilai”, jelas Dr. Azira yang sangat mengagumi idolanya iaitu Gabenor Bank Negara, Tan Sri Dr. Zeti Akhtar Aziz. Di USIM, beliau diberi kepercayaan dalam melaksanakan beberapa tugasan pentadbiran antaranya berkhidmat dalam penyelarasan keurusetiaan bagi Sistem Penarafan Institusi Pengajian Tinggi Malaysia (SETARA) dan penyelaras, Unit Kelayakan dan Pengiktirafan, Pusat Inovasi Pengajaran dan Pembelajaran. Jelas beliau lagi yang juga merupakan jurulatih bola jaring ini, berbekalkan semangat yang tinggi beliau berjaya menghasilkan beberapa ‘research’ untuk menempatkan diri beliau ke arah yang lebih tinggi kerana beliau ingin keluar dari zon selesa.

Kejayaan paling manis ialah apabila beliau dinobatkan sebagai pemenang Anugerah Akademik Negara (AAN) 2012 bagi kategori Anugerah Penerbitan Makalah Jurnal dalam Bidang Sains Sosial/Sastra dan membawa pulang sebanyak RM 50,000. Tambah beliau lagi “Saya juga ada menulis rencana dan artikel dalam majalah Dewan Ekonomi dan surat khabar Utusan Malaysia dan Berita Harian kerana saya suka berkongsi idea dan pendapat kepada masyarakat dan kini saya sedang bergiat aktif dengan projek penyelidikan terbaru ‘An Economic Feasibility Study of Dates and Goats Milk Production in Malaysia.” Jelas beliau yang juga merupakan ibu kepada seorang anak.

Gagal Sebelum Berjaya

Berketrampilan manis dan ringkas persis seorang model muslimah, doktor yang sentiasa memegang utuh akan prinsipnya ini bukan sahaja sentiasa berusaha memajukan dirinya malah turut membantu dalam menggerakkan agenda USIM.Di mata beliau USIM adalah tempat semaian ilmu yang unik tidak seperti menara gading lain yang hanya menerapkan pelajarnya dengan silibus konvensional dan sekular. USIM baginya mempunyai tarafnya yang tersendiri apabila berusaha untuk merealisasikan pengintegrasian ilmu naqli dan aqli dalam setiap sudut pembelajarannya.

‘Mata pena lebih tajam daripada mata pedang’, selari dengan peribahasa ini, beliau juga telah melahirkan beberapa buah buku dan artikel hasil tulisannya sendiri sebagai rujukan dan pencetus idea masyarakat luar selain warga USIM khususnya. Baginya, penulisan artikel dan buku dilihat sebagai satu jalan untuk menyebarkan ilmu dan pendapat yang telus kepada orang lain. Terkini, beliau baru sahaja menyiapkan bukunya yang bertajuk ‘Hutang Dalam Islam’ yang bakal diterbitkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka. Menjadikan falsafah pengintegrasian ilmu naqli dan aqli sebagai unjang utama, beliau berhasrat untuk melaksanakan lebih banyak kajian dan pembangunan pada masa akan datang yang akan lebih memberi manfaat jitu pada pembangunan universiti seperti Islamic Economy dan Islamic Isssues.

“ Kejayaan sebenar bukan hanya diukur atas sijil akademik sahaja tetapi juga bakti terhadap masyarakat dan negara. ”

Ditanya juga mengenai harapan beliau pada masa akan datang, Dr. Siti Nurazira datang kepada ummah atau masyarakat beliau menjawab dengan penuh harapan bahawa ingin kembali berkhidmat di dalam industri ekonomi negara sebagai penasihat di dalam perjalanan ekonomi negara. Menurut beliau, negara mempunyai individu yang bagus dalam merangka dan memacu ekonomi negara.

Walaubagaimanapun peranan seorang penasihat yang telus dalam membantu mereka memberi pandangan menguruskan ekonomi negara dilihat oleh beliau adalah sangat penting agar urusan ekonomi negara dilaksanakan dengan lebih bijaksana dan berhemah. Ini sekaligus dapat membantu memantapkan ekonomi negara untuk jangka masa panjang.

08b8276f71c601006b929af75434c4bb.jpg

Dr. Azira dan hasil penerbitannya Kredit: Foto Dr. Azira

 
 
 

Comments


© 2023 by MOUNT SILICON. Proudly created with Wix.com

bottom of page